Saturday, May 31, 2014

Cara Hilangkan Ruam Pada Muka Atau Kulit Bayi

Kulit bayi dan kanak-kanak adalah sangat lembut dan sensitif. Kadang kala, bayi anda dijangkiti ruam pada badan atau ruam lampin. 

Antara punca berlakunya ruam ialah:
1. Alahan pada bahan kimia yang terdapat di dalam lampin pakai buang.
Pulpa dan bahan sintetik merupakan bahan utama untuk pembuatan lampin pakai buang. Bahan kimia iaitu dioxin terhasil semasa proses melembut dan menggebukan pulpa supaya menjadi kepingan kertas yang putih dan gebu.

2.Lampin kain yang dipakai terlalu lama atau tidak ditukar.

3.Alahan pada bahan pencuci samada sabun atau pelembut kain.

olololo tomeynyer

Bagaimana untuk merawat masalah ruam dan cara mencegahnya?
Basuh punggung dan kawasan sekitar lampin setiap kali anda menukar lampin pada bayi atau anak anda. Jangan tukar lampin tanpa membersihkannya kerana sisa air kencing boleh menyebabkan kulit bayi bertindak balas dengan ammonia yang terkandung dalam air kencing .
Lap dengan kering atau anginkan terlebih dahulu. Senang cerita, biar je baby tu bogel sekejap untuk pengudaraan. Jangan terus pakai lampin dengan keadaan lembap untuk mengelakkan masalah lain seperti kulat.
1. Daun buluh
Ambil segenggam daun buluh dan tumbuk hingga lumat. Bancuhkan dengan bedak sejuk dan sedikit air. Kemudian sapukan pada bahagian-bahagian dimana terdapatnya ruam ataupun campak itu.
2. Ubi bemban
Ambil ubi bemban dan tumbuk, kemudian bancuhkan dengan air sejuk, tapis dan ambil airnya. Biarkan air tapisan itu sehingga pati ubinya mendap ke bawah. Buangkan air tersebut dan ambil mendapan tersebut untuk disapu ke bahagian badan anak yang terkena penyakit tersebut.
3. Tepung ubi
Ambil dalam secamca besar tepung ubi kayu dan bancuh dengan air sejuk, kemudian lumurkan ke badan anak.
4. Air kelapa
Ambil sebiji kelapa hijau yang masih muda, tebuk dan bacakan selawat nabi tiga kali dengan doa agar penyakit ruam atau campak itu sembuh. Kemudian, air kelapa diberi minum kepada anak yang sakit itu. Langkah yang sama juga dilakukan jika orang dewasa yang menghidapi ruam atau demam campak.
5. Limau purut
Ambil buah limau purut yang telah masak dan dibelah dua. Bakar sehingga kehitaman kulitnya. Biarkan hingga sejuk kemudian sapukan isi limau pada bahagian badan yang ditumbuhi ruam atau campak itu.

6. Manjakani
 Tumbuk beberapa biji buah manjakani hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Kemudian, sapukan pada bahagian tubuh yang terdapat ruam. Lakukan setiap malam.

Copy and paste from Persatuan Wanita Ibu Isteri Malaysia

Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

No comments: