Friday, April 24, 2015

Resepi Kacang Pool 'The Beginner'

Assalamualaikum semua

Kenapa tajuk tu Resepi Kacang Pool 'The Beginner'? Firstly sebab kali pertama try buat and secondly sebab tak cukup bahan. Apa yang ada kat dapur tu jelah akak belasah. Next time kita buat lagi yer adik-adik. InsyaAllah akak akan update resepi yang cukup bahan punya version.

Actually, dah lama teringin nak makan juadah ni. Kalau tak silap Restoren Bisik2 yang terletak di Shah Alam pon ada menu tersebut tapi tak pernah pergi try. Dah lama jugak akak duk berbisik2 dengan tuklaki akak nak makan kacang pool tapi sampai ke sudah tak dapat2. Mungkin sebab duk berbisik2 dia tak berapa nak dengar kottt.

Satu hari, akak tertengoklah satu program masak2 kat tv ni. Resepi dia pada hari tersebut ialah kacang pool. Eh2 xdelah susah sangat cuma nak kena rajin sikit pegang pisau, sudip dan kuali jer pon. Lepas tu akak try lah mengugel, mencari resepi yang simple2 untuk dicuba. 

Rupa2nya ada pelbagai version dalam menyediakan resepi ni. Ada yang tambah daging, ada yang mix dengan baked beans, ada yang letak cili giling dan serbuk ketumbar serta macam-macam lagilah. Lepas tu juadah kacang pool biasanya dimakan bersama roti bakar. Jenis roti pula xkesah, apa2 pon boleh... roti perancis, roti naan, sukati korang ler.

Since harini duk berceloteh pasal kacang, akak nak lah berkongsi antara khasiat kacang yang mungkin korang belum tahu. Sape2 yang berminat boleh ringan-ringankan jari jemari anda klik link yang berikut okeh? Semoga bermanfaat. 
5 Makanan Yang Menambahkan Darah
10 Jenis Makanan Yang Membantu Anda Tidur Lebih Lena

Resepi yang ditepek kat bawah ni paling senang. So dengan gigihnya bermulalah eksperimen pertama bagi Resepi Kacang Pool. Ok ni resepi yang akak sempat cedok dari www.bukuresepi.com

BAHAN-BAHAN KACANG POOL

2 tin kacang pool (foul medames)
– dibuang airnya & dilenyek sedikit supaya ada yg pecah & ada yg tak hancur
3/4 cawan minyak sapi 
1 sudu makan serbuk jintan manis
2 sudu besar rempah curry daging
1 tin kecil tomato puri (guna setengah dulu kemudian adjust ikut citarasa)
1 1/2 biji bawang besar – dicincang
1 1/2 cawan air (bergantung kepada kepekatan kacang pool)
garam secukup rasa 
hirisan lada hijau secukupnya 
bawang besar secukupnya
– dipotong dadu 
limau kasturi secukupnya 
telur mata lembu

CARA-CARA MEMBUAT KACANG POOL

Panaskan minyak sapi & tumis bawang besar cincang hingga layu.
Masukkan serbuk jintan manis & rempah curry daging. Tumis.
Masukkan tomato puri & kacang pool. Gaul rata.
Masukkan air & gaul rata.
Biarkan mendidih & masukkan garam secukup rasa.

Hidangkan dengan taburan bawang besar dadu, limau kasturi, lada hiris, telur mata lembu & roti perancis.



Resepi Kacang Pool 'The Beginner'


Taraaaa... inilah dia.... air tangan puaka akak... Since tak pernah rasa dan tak pernah buat tak dapeklah nak bagi berapa bintang. Nak buat comparison pon tak boleh jugak sbb first time rasa lah katakan. Yang pasti memang ngam dengan tekak akak. Takkan nak tengok jer kot meh ler try sama. Selamat mencuba semua.






Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



No comments: