Monday, October 6, 2014

3 Fakta Menarik Tentang Saya-Part 1

Assalamualaikum semua

3 fakta menarik tentang saya ialah krikkrik...krikkrik...

Alahai kalau bukan pasal terjebak dengan cabaran blog, rase-rasenya takkan pernah terpikir nak buat post pasal diri sendiri. Macam syok sendiri jerr huhuhu macam takde benda nak cerita jerr. Tapi sebab dah terjebak, nak tanak kena buat jugak. Ok shall we start?

#Fakta 1

Kalau cerita kan tuan badan yang sekeping ni kan sukeeee sangat melibatkan diri dengan camping/hiking/kayaking/rock climbing/abseiling/guling-guling dan ape-ape yang outdoor korang percaya tak? Haaa ni yang malas nak cerita ni. Tapi seriously beb memang addicted sangat dengan benda-benda yang related with nature. Rinduuuu sangat nak jungle trekking sambil bawak backpack berat berkilo-kilo dengan peluh melekit sampai basah baju pastu pancit separuh mati. Rinduuuu sangat nak tidur dengan bertudung dalam tent (motif? sebab sejuk sangat!) beralaskan plastik sampah, terjerit-jerit nampak pacat (dalam hati), mandi sungai pagi-pagi buta sambil menggigil kesejukan. Tu tak termasuk part nak membuang hihihi. Boleh imagine tak? Takyahlah imagine. Tapi kan kalau cerita dengan fakta kedua pasal diri ini, mesti korang tak percaya sebab clash sangat dengan fakta yang pertama.



Sumber Google

#Fakta 2

Jangan sesekali cabar saya nengok cter antu atau ajak masuk rumah hantu and stuff like that. Kalau tidak, nak p toilet tengah-tengah malam nanti tukang cabar atau tukang ajak kena temankan. Kalau nengok movie zombie yang ntah apa-apa pon boleh rasa takut macam kena sawan dah tapi roomate boleh bantai gelak kat sebelah sambil makan cekedis pastu berkata 'Dah ko kenape? Cter macam Mr. Bean pon nak takut ker?' Lagi satu pernah masuk rumah hantu tapi time masuk tu just duduk kat seat yang disediakan dan tutup mata. Bila dah habis sampai kat hujung baru bukak mata dan sampai harini budak-budak tu tak tau how i'm survived kat dalam tu. Syhhh diam-diam



Sumber Google


#Fakta 3

Saya suka pakai tudung warna hitam. Percaya tak saya ada berpuluh-puluh helai tudung warna hitam dengan fesyen yang sama. Masa tu tudung tiga segi dengan manik-manik yang besar memang tengah 'in' sangat. Kalau pakai manik yang besar gedabak memang 'WOW' sebab harganya agak mahal time tu. Feel so fabulous gittew. Hingga ada yang perli nak tolong belikan tudung warna lain sebab ingatkan saya pakai tudung yang sama hari-hari. Tapi ini semua kenangan masa buat diploma zaman dolu-dolu. Throwback mode. Nampak sangat ke takde idea nak tulis apa kat sini? Hentam sajalah labu... krikkrik...krikkrik...

Phewww part 1 done! Alhamdulilah... Craving for some more? Dun forget to catch me on the next episode. Stay tuned...



me the specky one





Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit





Sunday, October 5, 2014

Perlukah Multivitamin Ketika Hamil?

Kadang kala kerana terlalu teruja untuk menjaga kandungan, bakal ibu mengambil banyak suplemen tambahan selain yang dibekalkan oleh doktor. Tujuannya untuk menjaga kesihatan bayi dalam kandungan dan mahu anak lahir cergas dan bijak.
Persoalannya, perlukah wanita hamil mengambil suplemen multivitamin? Sebenarnya selagi kehamilan anda sihat dan tidak bermasalah, cuma satu sahaja vitamin yang perlu diambil sebagai suplemen iaitu vitamin B atau asid folik.
Doktor juga biasanya akan membekalkan suplemen ini sejak awal kehamilan lagi. Sebaiknya ibu hamil mendapatkan pelbagai khasiat vitamin dan mineral lain yang diperlukan sepanjang hamil dengan memakan pelbagai makanan yang sihat. Diet yang seimbang adalah cara terbaik untuk mendapatkan nutrien yang ibu dan bayi perlukan.
Makanan yang sihat mestilah mengandungi empat kumpulan makanan berikut:
*Buah-buahan dan sayur-sayuran, sama ada segar, sejuk-beku, dalam tin atau yang kering. Cuba makan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
*Makanan berkanji dan mengenyangkan (karbohidrat) seperti roti, pasta, nasi dan kentang. Jadikan makanan berkanji sebagai asas hidangan anda dan sebaik-baiknya pilihlah bijian penuh.
*Makanan yang kaya dengan protein seperti daging, ikan, telur dan kekacang. Makanan-makanan ini juga merupakan sumber zat besi yang bagus.
*Makanan berasaskan tenusu yang mana mengandungi kalsium, seperti susu, keju dan yogurt. Sama seperti ikan dan garam laut, produk tenusu adalah sumber iodin baik yang diperlukan oleh ibu hamil untuk membantu perkembangan otak bayi.
Sebaiknya elakkan daripada makan terlalu banyak makanan dan minuman berlemak atau manis. Makanan ini mungkin mengenyangkan untuk jangka masa pendek, tetapi tidak membekalkan mineral dan vitamin yang diperlukan.
Walaupun tidak dinafikan, kadang kala sukar untuk ibu mendapatkan diet yang seimbang terutama sekiranya mengalami masalah loya, muntah, tiada selera makan dan terlalu sibuk di pejabat, maka suplemen mungkin dapat membantu anda mendapatkan nutrient yang diperlukan.

 Sumber dari pama.karangkraf.com





Jom hubungi saya sekarang!



PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Saturday, October 4, 2014

5 Makanan Yang Menambahkan Darah

Jangan ambil mudah jika tubuh anda kekurangan darah. Terutama bagi wanita yang sedang berdiet, tingkat penurunan darah lebih besar kerana tidak banyak memperoleh nutrisi. Sel darah merah (haemoglobin) berperanan sangat penting untuk kesihatan kerana darah adalah medium yang mengangkut zat makanan dan oksigen. Jika kekurangan darah, seseorang mampu mengalami anemia yang gejala awalnya seperti lemah, lesu dan lelah.

Jika kekurangan haemoglobin, jangan terburu-buru untuk minum suplimen penambah darah. Sebagai langkah awal mengatasi kurang darah, anda boleh memilih cara yang lebih semulajadi iaitu dengan mengamalkan makanan yang sihat.

Orang yang menderita darah rendah atau Hb (hemoglobin) rendah atau anemia akan mengalami gejala seperti sakit lelah, lemas, pucat, jantung berdebar kencang, nafas yang pendek. Jika anemianya sudah kritikal maka akan timbul sakit dada, degupan jantung meningkat atau pengsan.



sumber GOOGLE

1. Daging

Daging dapat meningkatkan haemoglobin dan kaya zat besi. Selain itu, daging mudah diserap oleh usus sehingga tidak menyebabkan pencernaan tersumbat. Namun, jangan berlebihan makan daging kerana dapat membuat risiko serangan jantung bertambah. Amalkanlah memakan daging rendah lemak dengan menu diet yang seimbang.

2. Sayuran

Sayuran merupakan salah satu makanan untuk penambah darah. Akan tetapi, tidak semua sayuran dapat mengurangi anemia. Sayuran penambah darah antara lain adalah seperti bayam, ubi, kacang hijau, kacang merah, lobak, kentang, brokoli dan sawi. Dari sekian banyak sayuran, ubi adalah ubat semulajadi yang terbaik untuk meningkatkan jumlah sel darah merah. Ubi mengandung zat besi, mengaktifkan sel-sel darah merah dan menambah oksigen ke dalam darah. Selain dari itu, dengan mengamalkan memakan sayur-sayuran ini anda bukan sahaja dapat mengawal masalah berat badan bahkan menjaga sistem percernaan agar tetap aktif.

3. Buah-buahan

Buah-buahan seperti kismis, plum, epel, anggur dan tembikai, tidak hanya melancarkan aliran darah, tapi juga menambah jumlah sel darah merah. Buah jeruk dan limau juga menambahkan zat besi ke tubuh anda.

Buah bit atau beetroot, merupakan buah yang kaya dengan zat besi dan protein yang diperlukan oleh tubuh badan untuk meningkatkan sel-sel darah merah serta melancarkan aliran darah.

4. Kekacang

Beberapa jenis kacang dapat mengatasi kekurangan darah, terutama kacang almond. Satu aun kacang almond setiap hari memberikan 6% zat besi ke dalam tubuh. Di samping itu, harga kacang almond juga adalah lebih murah daripada kacang yang lain-lain.

Manakala kelebihan terbesar dari kacang hijau terletak pada kandungan karbohidrat yang mencapai lebih dari 55%. Biji kacang yang mengandung gula, serat dan pati, dengan kuasa pencernaan yang mampu mencapai 99.8%, menjadikannya makanan "pilihan" bayi yang belum mampu mencerna makanan dengan baik. Selain itu, karbohidrat semulajadinya sudah terbukti bagus untuk menunjang penambahan sel-sel darah merah.

5. Roti, Havermut dan bijiran.

Ketiga makanan ini memberikan 20% zat besi jika anda mengamalkannya setiap hari. Gandum membuat badan lebih sihat sehingga perlu dimasukan ke dalam jadual diet anda. Gandum juga mempunyai banyak kandungan zat besi yang mengurangi risiko anda terkena anemia berat.

- Bonus -
Kunyit Penambah Darah

Sepotong kunyit diparut dan diperah lalu campur dengan satu butir telur ayam kampung dan satu sendok makan madu. Campurkan serata kemudian ditambah dengan ½ gelas air. Amalkan meminumnya secara teratur selama 3 hari sekali.

 Sumber daripada sarfaeiz.blogspot.com




Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



Friday, October 3, 2014

Sesi Santai Webinar Bersama iReach Famili

Assalamualaikum semua

Alhamdulilah semalam saya sempat meluangkan masa menimba ilmu dengan mak, moyang dan kaum kerabat dari susur galur Ireach famili melalui webinar. Webinar ini merupakan salah satu software yang digunakan untuk 'online conference' atau pun 'web based conference'. Tanpa perlu bertemu empat mata, anda masih boleh  berdiskusi, dengan syarat perlu ada internet dan 'hardware application tools' seperti pc/laptop/tablet/smart phone dan sebagainya.

Webinar agak sinonim dengan Skype cuma bagi memudahkan 'coordinator' mengawal keadaan, speaker bagi 'audien' berada dalam 'mute mode'. Maksudya, ketika 'presentation' dilakukan, kami hanya boleh mendengar suara 'coordinator' dan ahli panel sahaja serta melihat 'slide presentation'. Bagaimana jika ingin berinteraksi? Jangan risau, ruangan interaktif telah disediakan sekiranya anda ingin bertanya atau mengatakan sesuatu. Mudah bukan? Tapi jangan lupa 'install' software Webinar terlebih dahulu ye.

Pasti korang tertanya-tanya iReach tu apa pulak? iReach adalah salah satu kumpulan, jaringan atau subset dalam Shaklee. iReach dipelopori oleh Master Lina dan suami. Saya pula merupakan salah seorang ahli dalam susur galur famili besar ini. Begitu banyak ilmu, tips, pengalaman dan bermacam-macam lagilah yang dikongsi oleh otai-otai dari grup iReach ini. Sangat-sangat berbangga kerana telah mendapat peluang menjadi sebahagian daripada iReach famili.

Di bawah ini saya sertakan poster-poster webinar yang telah diadakan pada baru-baru ini. Poster jerlah hehehe kalau 'interested' nak join famili besar saya boleh pm fb/wassap 011-37008943. Terima kasih










Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



Thursday, October 2, 2014

Bulan Oktober Promosi ESP Beli 6 Percuma 1

Assalammualaikum semua

Sempena bulan Oktober promosi  ESP beli 6 percuma 1 anda juga layak untuk

-free Shaklee membership
-cash rebate pada 15/11/2014
-free guidance untuk menjana income bersama Shaklee- Tiada paksaan sekiranya anda tidak berminat untuk  membuat bisnes. Anda masih boleh membuat pembelian untuk kegunaan diri sendiri
-konsultasi percuma (cara pengambilan, tips & cadangan, krisis pemulihan) eksklusif untuk customer yang membuat pembelian dengan saya

 SIAPA YANG PERLU AMBIL ESP??

1) Ibu yang sedang hamil
2) Ibu yang sedang menyusukan anak
3) Orang yang ingin mengurangkan berat badan
4) Orang yang sentiasa inginkan kulit yang sihat dan cantik
5) Orang yang baru lepas menjalani pembedahan
6) Orang yang inginkan kesihatan optimum
7) Orang yang ada masalah kesuburan
8) Orang yang ada masalah gastrik

Jom hubungi saya sekarang! Pm fb/wassap di 011-37008943 Terima kasih 





Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.




Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Wednesday, October 1, 2014

Manfaat Dalam 100 gm Soya

Soya memiliki nilai gizi yang terkenal lengkap. Di dalam 100 gram soya mengandungi sebanyak 34.9 gram protein, 331 kalori, 18.1 gram lemak, 34.8 hidrat arang, 227 kalsium, 585 fosfor, 8 mg besi, 110 SI vitamin A, 1.07 mg vitamin B1 dan 7.5 gram air.

Soya juga memiliki sejumlah phytochemical termasuklah isofl avon yang dapat bekerjasama untuk membantu melawan keadaan penyakit seperti penyakit kardiovaskular, osteoporosis dan kanser payudara.

Manfaat lainnya adalah, soya juga berperanan penting untuk mengusir penyakit diabetes mellitus, gangguan pada ginjal dan juga reumatik. Tanaman ini juga kerap diolah sebagai makanan yang menyihatkan.

Jadi, tidak hairanlah jika tempe dan tauhu sering menjadi makanan pilihan orang ramai. Ini kerana, ia bukan sahaja lazat tetapi juga mudah diolah di samping memiliki manfaat yang besar pada kesihatan. Proses fermentasi soya sebenarnya dapat membuat nutrisi yang terkandung di dalamnya lebih mudah diserap oleh tubuh.

http://pama.karangkraf.com/




Sumber Google




Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



Tuesday, September 30, 2014

Vitalea Multivitamin Lengkap Dan Mampu Milik

Assalamualaikum semua

Kupasan harini berkenaan dengan Vitalea Multivitamin Shaklee yang gah seantero dunia. Suplemen yang seimbang dan paling komprehensif yang mampu dimiliki. Eh ye ker? Iyerr tak sampai seratus RM pun sebotol. Kenapa produk Vitalea dilabel sebagai mutivitamin? Kerana Vitalea diformulasikan dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Saya sertakan 'nutrition facts' mengenai Vitalea seperti di bawah:  


Sumber Google

Sumber Google

Manfaat utama:
  • Penambahan tenaga segera-pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  • Pelengkap nutrisi-kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting, akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.
  • Metabolisma-sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen penting pada sel tubuh-menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tirod.
  • Melindungi organ-melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati



Sumber Google


Siapakah yang tidak boleh consume Vitalea?
  • Pesakit Thalasemia disarankan tidak mengambil produk ini kerana mengandungi kadar iron yang tinggi. 
  • Pesakit SLE juga tidak disarankan mengambil produk ini kerana mengandungi alfalfa. Harap maklum

Vitalea Multivitamin Lengkap Dan Mampu Milik. Tunggu apa lagi? Jom dapatkan sekarang. Pm/wassap 011-37008943 TQ


Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.





Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit