Friday, May 23, 2014

Diet Sihat Elak Sakit Kepala - Ostematrix dan B Complex Shaklee Ada Jawapannya

Untuk mengelak daripada diserang sakit kepala secara tiba-tiba, pastikan diet anda adalah bersesuaian. Ikuti panduan penting yang perlu anda amalkan setiap hari iaitu:

  • Jangan biarkan perut anda kosong dalam jangka waktu yang panjang. Ini boleh menyebabkan gula dalam darah menjadi rendah

  • Kurangkan makanan yang di awet, sebaliknya amalkan pengambilan makanan segar dan ulam-ulaman.

  • Hindari makanan atau bahan bercuka seperti mustard, mayonis dan sos

  • Buah-buahan seperti pisang, betik dan buah-buahan lain penting dalam diet seharian kita.

  • Kurangkan pengambilan makan yang mengadungi pemanis buatan seperti ‘aspartame’ yang sering terdapat di dalam minuman kesihatan dan gula-gula. Oleh itu, berwaspadalah dengan label ‘diet food’ dan ‘light diet’.  


Sumber dari  Mingguan Wanita

B Complex

Vitamin B2 (Riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) yang terkandung dalam produk ini telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. 

Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, stroke, stress dan sebagainya. 

Ostematrix

Vitamin D penting bagi mengurangkan keradangan. Ini kerana bagi sesetengah pesakit migrain, sakit kepala anda berkemungkinan berkaitan dengan keradangan iaitu pembuluh darah menjadi kejang.

Magnesium pula penting untuk fungsi saraf yang baik. Terdapat beberapa kajian mendapati semasa serangan migrain, paras magnesium pada otak berada di tahap yang rendah.



Pernah tak rasa sakit kepala yang amat sampai nak hantuk kepala ke dinding?

Berdenyut-denyut macam nak pecah kepala? Lepas tu moody dari pagi sampai ke petang?

Jangan biarkan sakit kepala sampai terpaksa ambil MC atau terbaring je atas katil seharian. Cuba ambil B-Complex dan Ostematrix. Tgk apa jadi lepas tu. Nak cuba? 


Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Thursday, May 22, 2014

Selamat Tinggal Perut Buncit! Hello Herb-Lax!

Bukan mudah mahu memastikan badan kembali langsing seperti anak dara setelah mendirikan rumahtangga. Kekangan masa dan tenaga sering menjadi faktor utama ramai wanita mengabaikan kecantikan badan.

Tambahan pula kepada wanita yang berkerjaya, setiap kali menghadapi tugas-tugas yang kritikal sudah semestinya cara mengurangkan tekanan kerja itu dengan mengunyah makanan ataupun lebih banyak makan.

Tanpa disedari hal itu menyebabkan badan terutamanya perut semakin membesar dan membuncit!

Apa cara yang harus dilakukkan untuk mengelakkan perut semakin membuncit? Di sini terdapat sedikit panduan yang boleh anda ikuti dan amalkan.

Yang paling utama, anda perlu mengamalkan minum air masak kerana ia bebas kalori dan dapat menjaga keseimbangan metabolisme tubuh anda.

Seterusnya, jangan sesekali mengendahkan senaman. Lakukan aktiviti senaman yang melibatkan abdomen seperti sit up.

Selain itu, aktiviti berkebun dapat membakar sehingga 350 kalori dalam tempoh satu jam.

Gerakan pinggul seperti bermain hula hoop dapat membakar kalori yang sama seperti anda berkebun.

Akhir sekali, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran memberi khasiat serat dan tidak akan berubah menjadi lemak di dalam tubuh anda.

Teruskan dengan tips ini dan sentiasa amalkan gaya kehidupan yang sihat. Anda akan mula mendapati perut anda kembali langsing seperti zaman remaja! 

Sumber dari Mingguan Wanita




Adakah anda berperut buncit? Jom kita siasat!

WHR=ukuran pinggang(cm)
            ukuran pinggul (cm)

WHR=waist hip ratio

Sekiranya ukuran WHR anda melebihi 0.85 (untuk wanita) dan 0.95 (untuk lelaki), ini bermakna perut anda buncit. Oh tidakkk!!! Jangan panik! Jangan panik! Jom cari solusi.



Produk Shaklee

Kenapa Herb-Lax? Kerana ia mengandungi pelbagai khasiat khususnya dalam penjagaan perut dan usus. Mari kita lihat kandungan dalam produk ini
  • Senna Leaf - Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
  • Buckthorn Bark - Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberi lembapan kepada usus.
  • Licorice Roots - Membantu proses detoksifikasi.
  • Alfalfa Leaf - Membersihkan usus, darah dan hati.
  • Fennel Seed (Jintan Manis) - Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol. Membantu dalam masalah sembelit dan kembung perut atau usus.
  • Anise Seed - Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.
  • Rhubarb Root- Herba yang banyak digunakan dalam perubatan cina sebagai antibiotik.
  • Blue Malva Flower - Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
  • Culvers Root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan bagus untuk asthma.

Fungsi Herb-Lax
  • Membantu proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan seterusnya membantu masalah sembelit
  • Membantu mengempiskan dan memejalkan perut
  • Mereka yang mempunyai masalah penghadaman yang lemah mungkin akan mengalami cirit-birit pada awal pengambilan Herb-Lax. 
  • Pesakit SLE tidak boleh mengambil Herb-lax kerana mengandungi alfalfa, ianya akan mengaktifkan sistem imun badan 
Penggunaan Herb-Lax juga akan memberi impak yang lebih baik dengan gabungan Set Slimming Shaklee iaitu Omega Guard, Lecithin, Alfalfa Complex, ESP, dan Cinch Shake. 

Selamat Tinggal Perut Buncit! Hello Herb-Lax! Hubungi saya sekarang!




Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



Friday, May 16, 2014

Solusi Senggugut Di Kalangan Wanita Bersama GLA, B Complex Dan Ostematrix Shaklee

Apa Itu Senggugut?

Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan haid. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali haid. Bagi sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.

Apa Yang Menyebabkan Senggugut?

Anda mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya haid yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mula mengalaminya apabila mereka berumur 20 atau 30 tahun. Kesakitan senggugut ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Senggugut mungkin menjadi disemenorea primer atau sekunder bergantung kepada penyebabnya :

- Dismenorea Primer

Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula haid pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat haid pada umur 12 tahun atau lebih awal dan mereka yang mempunyai haid lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer.

Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh semasa pemeriksaan. Punca-punca dismenorea primer termasuklah :

* Ketidakseimbangan bahan kimia – Oleh kerana keseimbangan merupakan perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh boleh menyebabkan senggugut.

Bahan kimia yang menyebabkan senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh.

Wanita yang mengalami senggugut menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama haid. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.

* Genetik - Ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya anda mengalami senggugut, kakak, makcik atau ibu mungkin turut sama mengalaminya.

- Dismenorea Sekunder

Dismenorea sekunder adalah apabila senggugut bermula sekitar 2 tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami senggugut jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Senggugut jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor.

Dismenorea sekunder disebabkan oleh :

-Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
-Jangkitan
-Radang rongga pelvis
-Endometriosis
-Penyakit usus seperti apendisitis
-Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio

Wanita yang menghidap endometriosis kadang-kadang mengalami senggugut yang amat teruk. Ia boleh berlaku setiap kali mereka haid. Endometriosis terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai uterus tumbuh dalam struktur lain pada tubuh.

Mengapa Ada Yang Mengalami Senggugut dan Ada Yang Tidak?

Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada senggugut. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap senggugut yang berlainan.

Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk mengalami senggugut.

Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa haid boleh mengakibatkan senggugut. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami senggugut berbanding yang tidak merokok.

Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan seterusnya mengakibatkan senggugut.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan senggugut. Ada faktor yang tidak dapat dielak seperti gen tetapi faktor lain seperti diet boleh diubah. Jadi, sebenarnya senggugut boleh dicegah atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Sumber dari Fanpage Marihamil



Produk Shaklee

GLA

Apabila seseorang wanita itu mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan otot di dalam rahim. Kajian mengatakan, keadaan ini terjadi apabila tubuh seseorang kekurangan GLA ( Gamma Linolenic Acid). Jadi dengan pengambilan GLA Shaklee adalah sangat perlu untuk memenuhi GLA yang kurang tersebut.

Selain itu, wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut.

GLA Shaklee juga membantu mengatur dan mengawal kitaran haid serta melegakan PMS (sindrom pra-haid)

B Complex

Vitamin B-complex khususnya vitamin B5, B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.

Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.

Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal. Selain itu, simptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah dapat dikurangkan.

Vitamin B12 dapat membantu meringankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.

Ostematrix

Kalsium dan magnesium merupakan antara kandungan yang penting dalam Ostematrix Shaklee.

Sebelum haid bermula, paras bekalan kalsium akan menurun menyebabkan emosi tidak stabil seperti kemurungan, mudah meradang serta simptom perut kembung dan kekejangan. Pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta simptom-simptom tersebut.

Wanita yang menghidap senggugut juga menandakan kekurangan magnesium. Mereka perlu mengambil magnesium yang mencukupi agar dapat mengurangkan masalah senggugut.

Jangan jadikan senggugut terus menghantui anda. Solusi terbaik dari GLA, B Complex Dan Ostematrix Shaklee khas untuk anda wahai wanita.


Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Tuesday, May 13, 2014

Keajaiban Bawang Putih & 7 Kepentingan Supplement Garlic Shaklee Kepada Kesihatan Tubuh Kita

Keajaiban Bawang Putih

Siapa sangka bawang putih yang menjadi perencah harian di dalam hampir setiap masakan mempunyai seribu keajaiban dalam bidang perubatan.

Dr. Allen Mc Anwyll dari Darwin Medical Center, dalam satu seminarnya, ada menyebut bahawa ubat yang mengandungi bawang putih mampu mengatasi infeksi usus, infeksi saluran pernafasan, kulit dan luka-luka akibat gigitan binatang.

Menurut Dr. Allen Mc Anwyll, penggunaan bawang putih sebagai ubat tradisional juga telah dikenali sejak ratusan tahun yang lalu.

Selain itu, bawang putih juga bagus sebagai ubat batuk, masalah cacing, tekanan darah tinggi, gatal-gatal, diabetes dan masih banyak lagi.

Bahkan bawang putih dapat digunakan sebagai ubat awet muda, melambatkan penuaan, meningkatkan ghairah seksual serta dapat menguatkan otot-otot badan.

Ramai pengkaji yang telah membuktikan kemujaraban bawang putih secara ilmiah.

Tahun 1921 De Bray dan Loeperd, ilmuan Belanda telah membuktikan khasiat bawang putih untuk mengubat darah tinggi.

Demikian juga Ortnee dari Jerman dan seorang ilmuawan Perancis, Povilaard, pada 1929. Dr. Anwyll sendiri, dalam penelitian tentang bawang putih selama 2 tahun, menemukan adanya senyawa yang berbau khas dalam umbi berwarna putih itu, iaitu allisin. Allisin ini dikatakan mempunyai daya antibiotik. 

Sumber dari Mingguan Wanita



Produk Shaklee

Kepentingan Supplement Garlic Shaklee kepada kesihatan tubuh kita adalah

1. Membantu meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.

2. Merupakan antibiotik semulajadi yang selamat dan bagus dalam mempertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman dan virus 

3. Membantu mengatasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis

4. Membantu mengatasi masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman

5. Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten dapat mengeluarkan raksa, plumbum yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas

6. Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari

7. Dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan merangsang hati untuk mengawal kandungan gula dalam darah bagi pengidap diabetes

Tanpa kita sedari begitu banyak khasiat bawang putih yang sebenarnya. Kepada yang berminat untuk dapatkan suplemen Garlic Shaklee boleh hubungi saya dengan segera.



Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



Monday, May 12, 2014

Peppermint Ginger Plus Shaklee Penyelamat 'Morning Sickness' Anda

Ketika hamil, loya, mual dan muntah merupakan alahan atau morning sickness yang normal. Walau bagaimanapun alahan yang terlalu berlebihan boleh memudaratkan diri dan kandungan.

Dianggarkan lebih kurang 50 hingga 90 peratus wanita hamil mengalaminya. Sebagi makluman, morning sickness lazimnya berlaku pada awal usia kehamilan iaitu di minggu kelima hingga keenam. Tahap paling teruk ialah pada minggu kesembilan. Namun, ia akan beransur-ansur pulih apabila kandungan mencecah usia minggu ke-16 hingga ke-18.

Sumber Google

Alahan keterlaluan

  • Terlalu kerap muntah di mana ia berlaku tidak kira masa, urin mengandungi ketosis serta tidak berselera makan sehingga berat badan menurun lima peratus daripada berat badan asal. Masalah ini dikategorikan sebagai hyperemesis gravidarum.
  • Simptom masalah hyperemesis gravidarum termasuklah wajah kelihatan pucat, sakit kepala, pening, mudah letih dan tidak bermaya serta kekurangan air.
  • Pada peringkat pertama hyperemesis gravidarum, anda akan mengalami muntah antara tiga hingga empat kali sehari. Pada masa yang sama, anda tidak berselera makan atau minum dalam tempoh 24 jam sehingga tubuh menjadi lemah. Penurunan berat badan yang ketara sehingga dua ketiga kilogram dalam tempoh masa satu hingga dua minggu.
  • Peringkat kedua Hyperemesis gravidarum, anda menjadi lemah sehingga tidak mempedulikan apa yang berlaku di sekitar. Denyutan nadi juga semakin mengecil dan cepat, suhu meningkat dan mata agak kuning dan cengkung. Berat badan dan tekanan darah menurun, darah menjadi pekat, air kencing berkurangan dan anda sukar membuang air besar.
  • Keadaan adalah lebih teruk pada peringkat ketiga. Anda tidak lagi mengalami muntah tetapi tidak sedarkan diri. Nadi mengecil dan cepat, suhu meningkat, tekanan darah menurun.

Sekiranya anda mengesyaki diri berkemungkinan mengalami hyperemesis gravidarum pada awal usia kandungan, maka segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor agar pengesahan dapat dibuat. Langkah ini sangat penting agar rawatan lanjut dapat dilaksanakan agar tidak mendatangkan masalah kepada anda dan kandungan sepanjang melalui proses kehamilan dan kelahiran kelak.  

Golongan berisiko tinggi mengalami hyperemesis gravidarum:

  • Wanita muda berumur 30 tahun ke bawah terutamanya yang pertama kali hamil.
  • Menghidap migrain, tiroid dan kencing manis.
  • Faktor keturunan
  • Pernah mengalami hyperemesis gravidarum kehamilan sebelum itu, berisiko pengalaman yang sama
  • Wanita yang hamil anak perempuan lebih berisiko tinggi mengalami hyperemesis gravidarum.
  • Peningkatan dan perubahan hormon kehamilan yang mendadak, perubahan metabolik dalam kehamilan, alahan terhadap sesuatu dan faktor psikoligikal di mana gaya hidup penuh stres. Malah, terdapat juga kes hyperemesis gravidarum berkaitan dengan kehamilan kembar.
  • Juga dikaitkan dengan tekanan emosi, masalah sistem penghadaman yang tidak dapat berfungsi dengan baik serta pengambilan diet yang mengandungi lemak terlalu tinggi.

Kesan Hyperemesis gravidarum
  • Kekurangan zat makanan yang ketara, kekurangan air dalam badan sehingga mengalami gangguan elektrolit dan kehilangan berat badan secara ketara. Tidak terkecuali masalah tekanan darah tinggi, hati dan buah pinggang.
  • Pendarahan di tekak dan retina sehingga mengganggu gugat fungsi asalnya.
  • Kekurangan thiamine lalu menyebabkan koma dan meninggal dunia.
  • Membahayakan kandungan. Ibu yang tidak cukup khasiat pemakanan akan menyebabkan pertumbuhan bayi dalam kandungannya terencat, kelahiran pramatang. Bayi juga boleh meninggal dalam kandungan namun hal ini amat jarang berlaku.

Sumber dari Mingguan Wanita 

Share and Like



Produk Shaklee


Peppermint Ginger Plus Shaklee


Kombinasi 4 herba dari barat dan timur iaitu Pudina, Halia, Pokok Adas(Fennel) dan Cekur Manis(Anise). Secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, angin/sendawa, penghadaman dan 'morning sickness'.

Daun Pudina yang mampu melegakan perut, melegakan gastrik, pedih ulu hati,cirit-birit, melegakan muntah muntah kesan sampingan kemoterapi, merangsang pengeluaran peluh, serta membantu memelihara tahap fokus dan pemikiran anda.

Halia boleh melegakan ketidakselesaan perut ketika haid, loya serta mual angin akibat 'morning sickness' serta mabuk laut. Sangat membantu tatkala dalam perjalanan/pengembaraan yang jauh.

Pokok Adas (Fennel) mampu melegakan kembung perut serta menghilangkan flu. Ia juga mampu mengurangkan masalah alahan pada saluran usus.

Cekur manis (Anise) melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak serta mencegah kulat penyebab penyakit kulit, serta membaiki peredaran tenaga dalam badan serta lembut pada perut.

Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

Ingin dapatkan Peppermint Ginger Plus Shaklee?


Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Monday, May 5, 2014

Bulan May Promosi MEAL SHAKES Beli 6 Percuma 1

Kenapa Meal Shake Shaklee?
Meal Shake Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian. Ia juga diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur sayuran, kacang soya, lactalbumin dan lain-lain.


Meal Shake juga pilihan bijak bagi anda yang mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat. Ia menyediakan nutrisi lengkap dan menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan. Ia juga mengandungi asid folid, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
Apa itu lactalbumin? Ia adalah protein yang dihasilkan oleh 8 kumpulan protein. Lactalbumin adalah protein premier dalam susu ibu. Turut hadir dalam protein ini adalah kuantiti besar asid amino cysteine . Kompaun ini berfungsi untuk membantu meningkatkan sistem imun. Asid amino ini diperlukan dalam badan, tetapi badan tidak boleh menghasilkan sendiri. 
Kelebihan lactalbumin ini membantu kanak-kanak yang kurang selera makan dan menambah seleranya serta seterusnya meningkatkan berat dan perkembangan normal anak anda.
Sempena bulan May promosi Meal Shakes beli 6 percuma 1. Selain itu anda juga layak untuk
-Ebook Mealshakes percuma. Ada pelbagai info menarik yang boleh dijadikan panduan untuk seisi keluarga
-konsultasi percuma (cara pengambilan, tips & cadangan, krisis pemulihan) eksklusif untuk customer yang membuat pembelian dengan saya

Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



Saturday, May 3, 2014

Demam, Batuk, Selsema Dan 'Picky Eater' Bukan BFF Anakku Lagi

Waduh tajuk tu memang mimpi indah buat mereka yang bergelar ibu kan? Hakikatnya? Kalau tak demam, batuk dan selsemalah jadi peneman setia mereka. Tak termasuk lagi dengan peel si diva 'picky eater'. Semua menu berkhasiat takkan menjadi pilihan. Ternyata penyakit tu semua yang jadi 'bestfren forever' anak-anak kita. Lebih-lebih lagi kepada ibu-ibu yang bekerja. Risiko anak mendapat sakit adalah lebih tinggi sekiranya anak-anak anda yang masih kecil dihantar ke rumah pengasuh atau nursery. Paham sangat dengan statement ni.

Entry kali ni berkait rapat dengan kesihatan kanak-kanak. Disebabkan mereka ni masih kecil dan tak tahu menjaga kesihatan diri, sebagai ibu bapa kita perlu pastikan mereka sentiasa sihat dan bebas dari sakit. Konsep 'mencegah lebih baik dari mengubati' perlu ada dalam diri kita semua. Ya, kita semua. Termasuk anda dan saya.

Apakah peranan produk Shaklee boleh membantu? Jom kita terjah! Sebelum tu, jom layan vimeo jap.




MEALSHAKE

  • Menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak
  • Memberi tenaga untuk kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  • Amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti



OMEGA GUARD

  • Penting dalam membantu perkembangan dan fungsi otak
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Dapat mengurangkan jangkitan pernafasan kerana omega-3 yang terkandung dalam Omega Guard berupaya untuk meningkatkan kesihatan paru-paru
  • Omega-3 ini juga mempunyai sifat anti radang dan anti inflamasi jadi ianya amat berkesan untuk mengurangkan serangan asma pada kanak-kanak dan mengurangkan penggunaan inhaler
  • Kanak-kanak lebih cergas dan aktif serta membantu meningkatkan fokus  semasa belajar



CHEWABLE VITAMIN C

  • Menguatkan fungsi imunisasi memandangkan badan manusia tidak boleh membuat dan menyimpan vitamin C
  • Menyokong sistem pertahanan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Membantu menjaga kesihatan tulang, gigi, gusi, mata, otot dan salur darah
  • Rasa sitrus yang hebat



NUTRIFERON

  • Direka khas dan terbukti secara klinikal terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan untuk meningkatkan sistem imun (immune booster).
  • Membantu seimbangkan respon alergi terhadap persekitaran dan pencemaran udara serta dalam keadaan cuaca tidak menentu, jerebu dan sebagainya.
  • Sangat sesuai diamalkan jika kerap mengunjungi ke tempat yang sesak seperti pasaraya, kawasan pelancongan dan berada di luar negara.
  • Juga berfungsi untuk mengelakkan jangkitan penyakit.
  • Membantu menyembuhkan demam, batuk dan selsema dengan cepat.
  • Sesuai untuk yang kerap demam dan batuk lebih dari seminggu.

Walaupun entry kali ni untuk kanak-kanak, produk yang telah kita review di atas juga boleh diambil oleh orang dewasa. Senang cerita sesuai untuk seisi keluarga. Berbaloi kan.

Demam, batuk, selsema & picky eater bukan BFF anakku lagi kah? The choice is yours.



Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.




Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit