Thursday, December 18, 2014

Testimoni Vivix Shaklee

Assalamualaikum semua

Post kalini nak sharing testimoni mengenai keberkesanan produk Vivix Shaklee. 

Antara entri yang boleh anda rujuk mengenai Vivix Shaklee adalah seperti berikut:


Kepada mereka yang masih ragu-ragu untuk mencuba Vivix Shaklee, boleh rujuk kepada testimoni di bawah. Semua testimoni ini daripada sumber Google. Selamat mencuba ;)

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba produk Vivix Shaklee sila hubungi saya dengan pantas zasss pm/wassap aida 011-37008943. Terima kasih.




















Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.





Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit




Tuesday, December 16, 2014

Tips Minum Air 3 Liter Sehari

Antara soalan yang selalu diajukan setiap kali saya nasihatkan untuk minum air sekurang-kurangnya 3liter sehari :

1) "tak buncit perut ke kalau minum air banyak2?"
2) "kena minum air sampai 3 liter ke? x ke nanti asyik ulang alik ke tandas?"
3) "mcmana nak abiskan 3 liter air sehari? susahnya.."

Jangan takut minum air yang banyak kerana air tidak menggemukkan. Sebenarnya pengambilan air dapat meningkatkan metabolisme badan seterusnya membantu untuk mengurangkan berat badan. Perut buncit? Jangan takutlah.. kan Rasulullah mengajar kita untuk minum dengan cara yang betul;

#Minum seteguk demi seteguk dan bukannya sekaligus
#Jangan bernafas di dalam bekas air, dengan menjauhkan bekas air dari mulut semasa bernafas
#Tidak meniup ke dalam air samada untuk mengurangkan haba (air panas) atau menghembus sesuatu yang jatuh ke dalamnya

Sangat penting untuk tidak bernafas ke dalam air kerana gas karbon dioksida (CO2) yang dikeluarkan dari hidung atau mulut semasa bernafas/menghembus akan bercampur dengan air (H2O) dan seterusnya membentuk karbonik asid H2CO3 iaitu asid yang lemah. Selain itu janganlah makan bersulamkan minum kerana itu juga merupakan salah satu penyebab perut buncit. Seelok-eloknya minum air 20-30min sebelum makan. Bukan sahaja baik untuk sistem penghadaman tetapi juga boleh mengawal kita untuk tidak makan terlalu banyak.

Soalan ke2, ye memang kena minum air yang banyak. Tapi bukan banyak sekaligus. Kita ambil contoh kalau kita siram pokok di dalam pasu dengan sebaldi air sekaligus, sudah tentu pasu boleh pecah. Begitu juga dengan badan kita. Boleh memudaratkan sekiranya kita minum sekaligus dalam sesuatu masa. Anda boleh lihat perubahan yang ketara hasil dari pengambilan air yang cukup seiring dengan pengambilan suplemen.

Soalan ke3, macamana nak abiskan 3 liter sehari? Mari saya kongsikan tips yang mungkin boleh membantu:

#Minum segelas air (250ml) sebaik sahaja bangun daripada tidur, (dikatakan salah satu petua awet muda juga)
#Ambil suplemen bersama-sama 2 gelas air
#Minum segelas air sekurang-kurangnya 20minit sebelum makan
#Minum segelas air selepas ke tandas atau selepas menyusukan bayi/mengepam
#Letakkan botol air masak di atas meja kerja, di dalam bilik sewaktu tidur, di dalam kereta supaya kita boleh terus minum sewaktu dahaga
#Minum air sewaktu haus atau sewaktu lapar tetapi bukan waktu makan
#Minum air suam supaya kita dapat menghirup sedikit demi sedikit
Semak pengambilan air secara teliti.

Senang bukan? Boleh tak kalau ikut tips ni? Kalau dah minum cukup air, kuranglah sikit rasa nak makan. Maka kita pun akan lebih sihat dan bertenaga

Jom kita kongsikan tips ini dengan kawan2x kita




Copy paste dari Page FB Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung 




Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Sunday, December 14, 2014

Pengalaman Si Ibu Bagi Penyusuan Bayi Pramatang-Shaklee Effect By IReach

Assalamualaikum semua...

Di sini ingin saya berkongsi sebuah vimeo tentang kisah seorang ibu yang mempunyai pengalaman dalam menyusukan bayinya yang lahir pramatang. Sebelum itu, apa kata kita fahami dulu, apakah maksud kelahiran pramatang?


Menurut sumber dari www.babycenter.com.my, kelahiran pramatang berlaku apabila bayi anda dilahirkan sebelum lengkap minggu ke-37 kehamilan. Dianggarkan bahawa 5 peratus daripada kelahiran adalah pramatang. Bayi yang dilahirkan pada minggu ke-36 selalunya tidak mempunyai masalah, walaupun saiz bayi itu mungkin lebih kecil dan ia mungkin mengalami masalah pernafasan.

Walau bagaimanapun, bayi yang dilahirkan lebih awal dari 36 minggu memerlukan lebih banyak pembesaran lagi dan organ dalamannya perlu menjadi lebih matang. Bayi sedemikian mungkin lemah sedikit dan sukar menghisap dan bernafas. Bayi-bayi yang lahir seawal minggu ke-22 hingga minggu ke-25 memang mempunyai peluang yang baik untuk hidup, tetapi lebih daripada separuh akan mempunyai ketidakupayaan sama ada ringan atau lebih teruk.



 Banyak cabaran yang menanti bagi bayi pramatang (Sumber Google)



Masalah-masalah yang kerap dialami bayi pramatang 

Jaundis (penyakit kuning) 
Masalah yang paling kerap dialami bayi pramatang ialah jaundis. Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi tetapi jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan bahagian otak atau kecacatan pendengaran. Secara amnya bagi bayi yang jaundis mereka akan diletakkan di bawah lampu ungu untuk menurunkan tahap kuning bayi terbabit. 

Apnea 
Apnea adalah keadaan di mana bayi berhenti bernafas. Pada masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkin kelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya. 

Anemia (Kurang darah) 
Kebanyakan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia. Ini mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung. Adalah agak mudah untuk mengetahui jika bayi anda mengalami anemia. Ia boleh dikesan melalui ujian darah.  

Masalah pernafasan (Respiratory distress syndrome) 
Masalah ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dan secara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku. Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pra matang berfungsi dengan lebih baik. Dalam pada itu, jika masalah pernafasan ini terlalu serius, bayi itu mungkin memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan. Penggunaan surfactant yang dibuat secara sintetik mengurangkan komplikasi masalah pernafasan. 

Jangkitan 
Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi pramatang. Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dia dilahirkan. Cara membasuh tangan yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan.  

Patent Ductus Arteriosus(PDA) 
Duktus arteriosus adalah salur darah kecil yang menyambungkan salur arteri paru-paru dan salur aorta. Bagi bayi pramatang yang mempunyai masalah PDA, bergantung kepada besarnya PDA itu, dia boleh mengalami masalah kegagalan jantung. Terdapat ubat-ubatan yang boleh mengecilkan salur darah ini. Begitupun jika ia tidak berjaya masalah PDA ini boleh diselesaikan melalui pembedahan.  

Masalah Retina  
Bayi pramatang mempunyai retina yang agak sensitif. Retina bayi pramatang boleh mengalami kecederaan dan ini boleh menyebabkannya mengalami masalah penglihatan yang serius. Pada masa dahulu masalah ini dikaitkan dengan penggunaan oksigen yang berlebihan. Tetapi kaji selidik yang dijalankan tidak dapat memberi sebab kenapa ia berlaku. 

Sumber dari www.beingmary.com


Jom layan vimeo kisah menyusu anak pramatang



Dari perbualan si ibu tadi, beliau ada menyatakan telah mengambil Set Pantang Shaklee. Kemudian topup pula dengan Set Penyusuan Shaklee. Kalaulah anda sudi untuk klik kedua-dua link tersebut, mungkin yang terlintas di fikiran anda adalah 'Wah banyak juga nak kena telan ni'. 

Tapi saya gerenti, sekiranya kita berada di tempat ibu tersebut, isu itu hanyalah perkara kecil jer kan? Janji amanah yang diberi dapat pulih seperti sediakala. Semoga ibu-ibu di luar sana yang mempunyai cabaran yang serupa, tabah dalam menghadapi ujian hebat ini. 




Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



Friday, December 12, 2014

Khasiat Susu Soya Untuk Ibu Hamil

Sebahagian besar khasiat yang terkandung dalam susu soya merupakan sumber khasiat yang sangat diperlukan untuk membantu proses pertumbuhan janin dan untuk mempertahankan keadaan kesihatan ibu hamil. Antaranya khasiat tersebut adalah protein dan vitamin B.

Protein merupakan bahan penting untuk membentuk pelbagai sel baru. Pembentukan sel baru pada janin sudah tentu merupakan sebahagian daripada proses perkembangannya. Sementara vitamin B, khususnya B6 diperlukan oleh janin dalam membentuk saluran penghantar isyarat atau pesan daripada otak melalui sistem saraf iaitu neurotransmitter. Bagi ibu sendiri, vitamin B dapat mengurangkan bahkan mencegah masalah mual dan muntah di awal kehamilan.

Selain itu vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung di dalam susu soya juga berfungsi membantu proses pembentukan tenaga baik untuk janin mahupun ibu hamil sendiri. Sementara asid folik yang juga terdapat dalam susu soya bermanfaat untuk mencegah berlakunya kelainan atau kecacatan dalam kandungan.

Nilai Tambahan
Sebagai sumber zat gizi, susu soya memiliki sejumlah manfaat bagi kesihatan tubuh anda selama proses kehamilan.

Hanya mengandungi protein unggul itulah sebabnya susu soya boleh menjadi sumber protein bagi ibu hamil vegetarian.

Tidak mengandungi laktosa – apabila anda tidak mampu mencerna laktosa(lactose intolerance) maka susu soya adalah jalan penyelesaiannya.

Tidak mengandungi hormon seperti susu lembu maka ia tidak berisiko untuk mengganggu kerja sistem hormon ibu hamil mahupun janin anda.

Banyak mengandungi isoflavon- khasiat yang merupakan fitoestrogen ini berfungsi membantu menurunkan kadar kolesterol. Selain itu unsur ini juga membantu memperkecilkan risiko terkena kanser, antaranya adalah kanser payudara.

Salah satu sumber kalsium- susu soya yang tersedia di pasaran umumnya diperkaya dengan kalsium sehingga boleh menjadi sumber keperluan kalsium yang sangat penting ketika hamil. Kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat, pembentukan otot, jantung, sistem saraf, pembekuan darah dan pelbagai aktiviti enzim.

Jangan Minum Berlebihan
Segala yang berlebihan pastinya akan kehilangan manfaatnya. Begitu juga kalau mengambil susu soya. Kandungan unsur estrogen di dalam susu soya iaitu isoflavon dikatakan dapat menekan penghasilan hormon tiroid, khususnya bila diambil sehingga 40 miligram sehari.

Selain itu kajian juga ada menyebut bahawa pengambilan soya dalam bentuk tofu dan susu soya sebanyak dua kali seminggu selama 30 tahun akan mempercepatkan proses penuaan sel-sel otak (4tahun lebih cepat).

Pengambilan susu soya secara berlebihan juga dapat mengganggu penyerapan beberapa zat nutrisi. Ini terjadi akibat tingginya kadar unsur fitat. Unsur ini akan menghalang penyerapan mineral dan penguraian protein.

Jangan Abai Sarapan Walau Asyik Muntah
Anda mengalami 'morning sickness' dan tidak mahu berdaya untuk bersarapan kerana asyik muntah? Jangan begitu. Kajian membuktikan sarapan sangat penting terutamanya buat ibu hamil.

Sarapan akan membantu tubuh dalam menstabilkan kadar gula darah sebagai tenaga untuk menjalani proses metabolisme di seluruh tubuh anda serta pelbagai lagi kegiatan sebelum tiba waktu makan tengah hari.

Perlu anda perhatikan ketika trimester pertama aspek kualiti gizi dari makanan yang anda ambil jauh lebih penting berbanding aspek kuantitinya. Jadi ambillah makanan untuk sarapan mahupun makan tengah hari dengan variasi menu yang kaya dengan gizi.

Sekiranya minum susu membuatkan anda mual, pengambilan susu tetap boleh anda penuhi dalam bentuk pelbagai jenis makanan olahan yang mengandungi susu seperti puding, ais krim dan yogurt.




Sumber dari pama.karangkraf.com







Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit







Wednesday, December 10, 2014

Bulan Disember 2014 Promosi Collagen Powder Beli 3 Percuma 1

Assalamualaikum semua

Sempena hujung tahun 2014, Shaklee sekali lagi telah mengadakan Jualan Akhir Tahun atau omputih kata 'Year End Sale' (YES) yang cukup gempak!!! Promosi berganda-ganda habaq hang. YES!YES!YES!

Kali ini promosi bagi produk Collagen Powder pulak yer adik kakak. Dengan pembelian 3 kotak Collagen Powder, anda juga layak
-percuma satu kotak Collagen Powder
-free Shaklee membership
-cash rebate pada 15/01/2015
-free guidance untuk menjana income bersama Shaklee- Tiada paksaan sekiranya anda tidak berminat untuk  membuat bisnes. Anda masih boleh membuat pembelian untuk kegunaan diri sendiri
-konsultasi percuma (cara pengambilan, tips & cadangan, krisis pemulihan) eksklusif untuk customer yang membuat pembelian dengan saya

Eh tunggu, cerita belum habis lagi ni. Sila klik link di bawah ini.


Jom hubungi saya sekarang! Pm fb/wassap di 011-37008943 Terima kasih 


P/S: Untuk pembelian 3 percuma 1 sila contact saya directly.







Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.




Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit





Monday, December 8, 2014

Kawal Angin Dalam Badan Ketika Hamil Dengan Peppermint-Ginger Plus Shaklee

Assalamualaikum semua...
Kepada mereka yang pernah melalui proses kehamilan tentu mempunyai 1001 kisah yang boleh diceritakan. Ada detik-detik manis dan indah, ada juga yang tak berapa best nak dikongsikan bersama. Kalau gabungkan semua kisah boleh jadi novel bersiri. Pada awal kehamilan, tak sah kalau tak alami 'morning sickness' kan? Mual, loya, pening, muntah-muntah, dah jadi 'makanan' bagi pembawa budak ni. 

Kalau yang part masalah angin dalam badan pulak, ada yang kembung, senak perut, sebu dan macam-macamlah. Tu yang mudah berangin satu badan, moody jer seharian. Para bapa perlu lah bersabar banyak-banyak yer dalam melayani kerenah isteri. Nak tahu tak antara kesan angin dalam badan kepada wanita hamil?


Antara kesan angin dalam badan kepada wanita hamil adalah
  • Rasa loya pada setiap masa.
  • Selalu muntah – muntah.
  • Selalu mempunyai perasaan takut pada sesuatu.
  • Jiwa menjadi terlalu sensitif sehingga selalu menangis atau merayu pada suami.
  • Rasa lenguh yang luar biasa pada pinggang.
  • Alami rasa seperti berputus asa. 
  • Hilang selera makan.
  • Rasa sejuk pada tangan, tapak tangan dan pada bahagian badan yang lain.Rasa sejuk tersebut adalah seperti tertarik – tarik.
  • Rasa seperti angin terkumpul di mana – mana tubuh badan terutama pada bahagian dada.
  • Rasa pening kepala dan sakit telinga.

Sumber dari http://muscarehouse.com/



Cikpuan ceria-tanpa-masalah-angin-dalam-badan (Sumber Google)

Cuba monitor isteri masing-masing, adakah mereka mempunyai simptom-simptom di atas? Kalau ya, berkemungkinan besar mereka sedang 'berperang' dengan masalah angin dalam badan. Sapelah rasa selesa kalau sekejap2 duk erkkkk berkkk. Yang duk mendengar pun rasa tak selesa yang duk menanggung apatah lagi, iyer ke idok? Takkan nak sabor je ler.

Oklah taip panjang-panjang kalau tak ada solution buat apa kan? Pernah dengar tak pasal Peppermint-Ginger Plus Shaklee? OOoo tak pernah yer. Baik, secara ringkasnya produk ini bagus untuk melegakan dan menenangkan perut anda dengan khasiat semula jadi pudina, halia, fennal dan anise. Eh eh ringkas sangatlah. Nak tahu lebih lanjut mengenai isi kandungan Peppermint-Ginger Plus Shaklee? Sila klik link ini Kenali 4 Kandungan Utama Dalam Peppermint-Ginger Plus Shaklee.

Produk ini bukan sahaja sesuai untuk wanita hamil yang mempunyai masalah angin dalam badan dan 'morning sickness', mereka yang ada masalah pencernaan, gastrik dan yang selalu mabuk (mabuk laut/darat) ketika berjalan jauh juga boleh consume Peppermint-Ginger Plus Shaklee. Nak beli tapi macam tak menyakinkan jerrr? Meh tengok apa kata mereka yang dah berjaya telan Peppermint-Ginger Plus Shaklee kat sini Testimoni Peppermint Ginger Plus Shaklee

Inilah dia Peppermint-Ginger Plus Shaklee. Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet tau.




So, pilihan berada di tangan anda, ingin terus berperang dengan angin dalam badan or just let Peppermint-Ginger Plus Shaklee do their job for you. The choice is yours. Nak Kawal Angin Dalam Badan Ketika Hamil? Dengan Peppermint-Ginger Plus Shaklee insyaAllah boleh...

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba produk Peppermint Ginger Plus Shaklee sila hubungi saya dengan pantas zasss pm/wassap aida 011-37008943. Terima kasih 



Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.





Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit




Sunday, December 7, 2014

Makanan Tingkatkan Hemoglobin Rendah

Kadang kala ada dalam kalangan wanita hamil yang mempunyai masalah bacaan hemoglobin (Hb) rendah di dalam sel darah merah atau dikenali sebagai anemia. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu apabila ibu hamil mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.
Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl.  Cara mengatasi masalah anemia iaitu melalui pengambilan suplemen menambah darah dan pemakanan makanan kaya dengan zat besi.
Pengambilan suplemen yang bersesuaian untuk wanita hamil bermasalah anemia adalah zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks. Suplemen tersebut penting kerana kandungan zat besi, B kompleks dan asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Suplemen vitamin C pula membantu meningkatkan penyerapan zat besi.
Sebaiknya makan pil tersebut bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan optimum. Elakan daripada minum dengan air kopi, teh, minuman berkola, bercoklat dan susu. Minuman ini mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi.
Jika ingin mengambil makanan mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi, pastikan ia diambil sekurang-kurangnya satu hingga dua jam selepas waktu makan atau selepas makan suplemen zat besi.
Sumber makanan yang kaya zat besi yang baik adalah terdiri daripada sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis. Sayur-sayuran hijau pula seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kalian.
Lebihkan makan makanan yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam hidangan setiap hari seperti
*Buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C iaitu jambu batu, limau, betik, mangga dan sayuran hijau.
*Minum jus buah-buahan.
*Makan bersama pencicah buah-buahan seperti sambal mangga, tomato atau limau kasturi.
*Gunakan perencah daripada sumber haiwan seperti ikan bilis, udang, isi ayam dan daging.

Sumber dari pama.karangkraf.com 


Sumber Google

Adakah anda hamil? Low HB? Sila dapatkan informasi mengenai suplemen yang dapat membantu anda dengan melayari link ini Vitalea Multivitamin Lengkap Dan Mampu Milik. Terima kasih.


Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit