Friday, June 27, 2014

Cara Tingkatkan Kesuburan

Hamil tidak semudah yang disangka. Keputusan negatif yang sering diterima selepas berkali-kali mencuba tidak semestinya bermaksud anda tidak subur. Untuk meningkatkan peluang hamil, ikuti panduan berikut.
HENTIKAN PENGGUNAAN KAEDAH PERANCANGAN KELUARGA
Apabila anda bersedia untuk hamil, hentikan penggunaan apa jua kaedah perancang keluarga yang sedang digunakan. Tidak kiralah sama ada pil, suntikan, implan, IUCD ataupun yang lain-lain. Perlu anda ketahui, ada wanita yang berupaya untuk hamil sebaik sahaja berhenti menggunakan perancang keluarga. Namun, dalam keadaan tertentu, ada tubuh sesetengah wanita mengambil masa yang lama untuk memastikan hormonnya kembali normal.
BUANG TABIAT BURUK
Sebaik sahaja memutuskan untuk hamil, itulah masa yang terbaik untuk anda dan suami menghentikan tabiat suka merokok mahupun minum alkohol. Ini kerana rokok dan alkohol mengurangkan peluang anda berdua menimang cahaya mata. Malah jika hamil sekalipun, ia akan meningkatkan risiko keguguran atau kelahiran kurang berat badan.
MASA YANG SESUAI
Ketahui hari subur anda. Itulah kunci utama kejayaan untuk hamil. Tanpa mengetahui hari subur yang sepatutnya, peluang untuk sperma dan telur bersenyawa akan menemui jalan buntu. Apa lagi! Kiralah hari subur anda. Namun, untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat anda bolehlah dapatkan kit ovulasi di farmasi berdekatan.
BERAT BADAN SIHAT
Wanita yang memiliki berat badan kurang (kurang daripada BMI: 20) ataupun lebih berat badan (melebihi BMI: 25) dikatakan sukar dan memerlukan masa yang agak panjang untuk hamil berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang ideal. Untuk mudah hamil, anda disarankan menjadikan senaman sebagai amalan harian. Lagipun, jika berat badan anda ideal, lebih mudahlah anda kembali langsing selepas melahirkan nanti.
RELAKS
Sama ada tertekan atau mengalami kemurungan, kedua-duanya menyukarkan anda hamil. Jika anda beranggapan kesukaran hamil berpunca daripada masalah ini, lapangkanlah fikiran. Dapatkan bantuan daripada orang-orang tertentu jika masalah anda itu terlalu berat.
KURANGKAN KAFEIN
Penggemar kafein! Anda perlu kurangkan pengambilan minuman jenis ini. Jika dahulu anda minum sehingga tiga cawan sehari atau lebih, kini jadikannya hanya satu cawan. Kafein berlebihan menyukarkan anda hamil. Selain itu, zat besi sukar diserap sehingga boleh meningkatkan risiko anda menghidap anemia jika berjaya hamil kelak.

sumber//:pama.dis.2011

Sumber Google

Jom hubungi saya sekarang!


PM FB : Aida Doterali

ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Thursday, June 26, 2014

Atasi Sakit Sendi Anda Dengan Set Sendi Shaklee

Assalamualaikum...Sekiranya kita sebut pasal sakit sendi, warga tualah yang biasa mengalaminya. Kalau tak percaya, boleh tanya mak ayah masing-masing. Ada tak yang jawab 'Eh takdelahhh imaginasi ko jer tuhhh'. Kalau ada yang jawab sebegitu cuba perhatikan masa mereka naik tangga, angkat barang atau sedang tunaikan solat. Kalau pergerakan mereka 'slow motion' itu bermakna mereka sedang mengalami sakit sendi. Walaupun sakit sendi biasa terjadi di kalangan warga tua, namun ada juga golongan muda yang mengalaminya terutama bagi mereka yang terdedah dengan sukan dan rutin harian yang aktif. Bagaimana sakit sendi boleh terjadi?

Sumber Google


Sakit sendi biasanya terjadi di mana dua atau lebih tulang bertemu. Kawasan yang paling biasa terkena sakit sendi adalah lutut, bahu, siku, pergelangan tangan, pinggang, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan. Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas serta menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).

Selain itu, kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen atau pangkal saraf. Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh ketegangan, terseliuh atau terkoyak di bahagaian-bahagian tersebut. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat barang berat dengan postur yang tidak elok, pergerakan tidak betul atau kecederaan akibat kemalangan, bersukan dan sebagainya.

Faktor-faktor lain yang menyebabkan sakit sendi terjadi ialah:
  • Berat badan berlebihan
  • Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
  • Penyakit sendi seperti arthritis
  • Penyakit tulang
  • Ketumbuhan
  • Jangkitan kuman
  • Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
  • Penyakit kronik
  • Ubat-ubatan
  • Memakai kasut tumit tinggi
Antara simptom sendi yang bermasalah:
  • Ketegangan
  • Lenguh
  • Bengkak
  • Kesakitan
  • Berkeriut atau bunyi klik bising


Atasi masalah sakit-sakit sendi dengan Set Sendi Shaklee yang mengandungi 3 jenis produk iaitu:
  • Advanced Joint Health Tablet (AJHT)
  • Ostematrix
  • Omega Guard 
Advanced Joint Health Tablet (AJHT)
Membekalkan glukosamina daripada ekstrak jagung bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia turut diperkaya dengan Vitamin C yang diperlukan bagi sintesis kolagen yang merupakan satu komponen bagi tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh. Ekstrak Boswellia di dalam produk ini pula berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Ostematrix
Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

Omega Guard 
Produk ini boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi dan akan melambatkan degradasi tulang rawan. Jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. Ia adalah anti-radang semulajadi yang bertindak sebagai pelincir bagi membantu pesakit sendi bergerak dengan mudah.
Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 

Testimoni pilihan




Wahh macam bagus jer, macam nak cuba jer ni. Jangan lupa dapatkan Set Sendi Shaklee sekarang. Sempena bulan Ramadahan, bulan penuh barakah tentu kita semua nak melipatgandakan amalan. Jadi jangan lupa beli untuk mak ayah kat kampung sekali tau. Kalau mereka sihat kita pun seronok kan? Jom hubungi saya dengan segera untuk dapatkan Set Sendi dari Shaklee. Selamat menunaikan ibadah puasa semua.



Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.






Jom hubungi saya sekarang!

PM FB : Aida Doterali
ID Shaklee : 1079013
Fanpage FB : Doterali Boutique
Email : aidadoterali216@gmail
Whatsapp/sms : 011-37008943
C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

Terima Kasih


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



Wednesday, June 25, 2014

Khasiat Diperlukan Kanak-Kanak - Meal Shakes Shaklee Sedia Membantu Anak Anda

Kanak-kanak dalam lingkungan satu setengah hingga tiga tahun sangat lasak. Hari-hari mereka penuh dengan aktiviti yang memerlukan pergerakan aktif. Oleh itu mereka amat memerlukan sajian makanan yang berkhasiat dan seimbang.
Kebimbangan ibu bapa terhadap keperluan khasiat makanan anak mereka memang perkara normal. Namun, perlu diketahui, selagi anak anda makan makanan daripada piramid makanan yang dicadangkan ia sudah mencukupi.
Antara makanan yang tergolong daripada kumpulan yang disarankan termasuk roti, pasta, nasi, ubi kentang, buah-buahan, sayur-sayuran, produk tenusu, telur, ikan dan daging. Oleh itu sekiranya si manja makan kesemua makanan tersebut, anda tidak perlu risau.
Makanan Berkanji
Makanan ini adalah sumber utama dalam diet harian kanak-kanak. Makanan ini turut membekalkan tenaga, serat, vitamin dan mineral pada mereka. Antaranya bijirin sarapan pagi, roti, pasta, nasi dan ubi kentang. Bagaimanapun, roti gandum dan beras perang tidak digalakkan diberikan kepada kanak-kanak dalam kuantiti yang banyak kerana mereka sukar menghadam makanan yang terlalu berserat. Akibatnya, mereka akan ada masalah dengan perut dan dalam masa yang sama selera makan menurun.
Buah-buahan dan Sayuran
Pengambilan makanan jenis ini mesti menjadi salah satu daripada diet harian kanak-kanak. Keduanya kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Pastikan anak anda mengambil empat hingga lima hidangan sayur-sayuran atau buah-buahan yang berbeza setiap hari.
Daging, Ikan dan Telur
Kanak-kanak perlukan protein untuk tumbesaran mereka. Jadi, pastikan makanan jenis ini tidak ditinggalkan dalam menu harian anak.
Produk Tenusu
Susu, keju dan yogurt kaya dengan kalsium yang diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat dan sihat. Selain kalsium, sumber makanan ini turut mengandungi protein, vitamin dan mineral.
Makanan Berlemak
Kanak-kanak perlukan lebih banyak makanan berlemak dalam diet harian mereka berbanding orang dewasa kerana mereka perlukan lebih tenaga dan untuk tumbesaran mereka. Namun, bukan semua makanan yang diambil perlu berlemak.
Makanan Masin
Seeloknya jauhkan garam daripada makanan anak anda. Begitu juga dengan perisa tambahan.
Makanan Bergula
Jauhkan makanan bergula daripada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Memang sukar menjauhkan anak kecil daripada gula-gula atau aiskrim. Tetapi jika sudah terbiasa tidak menjamah makanan tersebut, tentu ia tidak menjadi masalah.

Sumber dari Pa & Ma

sumber google


Meal Shake Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian. Ia juga diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur sayuran, kacang soya, lactalbumin dan lain-lain.
Meal Shake juga pilihan bijak bagi anda yang mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat. Ia menyediakan nutrisi lengkap dan menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan. Ia juga mengandungi asid folid, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
Apa itu lactalbumin? Ia adalah protein yang dihasilkan oleh 8 kumpulan protein. Lactalbumin adalah protein premier dalam susu ibu. Turut hadir dalam protein ini adalah kuantiti besar asid amino cysteine . Kompaun ini berfungsi untuk membantu meningkatkan sistem imun. Asid amino ini diperlukan dalam badan, tetapi badan tidak boleh menghasilkan sendiri. 
Kelebihan lactalbumin ini membantu kanak-kanak yang kurang selera makan dan menambah seleranya serta seterusnya meningkatkan berat dan perkembangan normal anak anda.


Selain itu, Meal Shakes turut mempunyai khasiat seperti berikut:
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein. Multivitamin yang terbaik dan sesuai untuk golongan kanak-kanak termasuk warga tua.
  • Apabila berpuasa, badan kita sebenarnya melalui proses detoksifikasi. Ketika detoksifikasi itu berlaku, Meal Shakes dapat memastikan badan kita mendapat bekalan nutrien yang mencukupi. 
  • Membantu memelihara kesihatan melalui kandungan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan setiap hari yang selalunya sukar dipenuhi melalui sajian berbuka puasa dan sahur terutama sekali golongan kanak-kanak.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium dan membantu anda mengatasi masalah sembelit di bulan puasa ini.
  • Mempunyai rasa 'French Vanilla' yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.
  • Berminat untuk mendapatkan satu canister Meal Shakes? Jom hubungi saya sekarang pm/wassap 011-37008943





    Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

    Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
    Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.



    Jom hubungi saya sekarang!

    PM FB : Aida Doterali
    ID Shaklee : 1079013
    Fanpage FB : Doterali Boutique
    Email : aidadoterali216@gmail
    Whatsapp/sms : 011-37008943
    C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
    Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

    Terima Kasih


    *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


    Tuesday, June 24, 2014

    Jangan Susah Hati, DTX Complex Shaklee Kan Ada

    Menghadapi susah hati
    Fakta mengenai susah hati:
    1. Apabila anak kita gagal di sekolah, kita menjadi murung, senyuman kita bertukar menjadi masam - namun ia tidak mengubah hakikat bahawa anak kita gagal di sekolah.
    2. Apabila menghadapi kematian ahli keluarga, kita susah hati dan pilu, namun adakah ia akan hidup semula?
    3. Kita gagal dalam mencapai hasrat kita, seperti mengalami kerugian dalam perniagaan, susah hati kita tidak akan menjadikan hasrat kita tercapai dan perniagaan kita mencapai keuntungan.
    4. Kita dimarahi di tempat kerja, kita menjadi marah, kecewa dan putus asa, adakah keadaan di tempat kerja akan menjadi lebih baik.
    5. Ada yang sedih kerana berasa dirinya miskin, dia menjadi susah hati dalam menghadapi kehidupan, adakah beliau akan menjadi kaya?
    6. Ada yang terkilan kerana apa yang dikatakan oleh musuh - sedarkah bahawa dengan terkilan, anda sebenar-nya sedang membantu serangan musuh pada diri sendiri.
    7. Ada yang merasakan dunia dia gelap semata-mata kerana apa yang dihajatkan dan didoakan tidak kunjung tiba. Lagi dia berada dalam kesedihan, lagi benda yang dihajatkan tidak kunjung sampai.
    8. Orang yang susah hati - air jernih disangkakan racun, bunga ros dilihat kaktus, taman hijau seolah gurun dan merasakan diri hidup di penjara di bumi Allah yang luas ini.
    Bila menghadapi sebarang situasi buruk, kawal minda, jangan susah hati, kerana susah hati akan menarik lebih banyak situasi yang tidak diingini kerana air liur beracun yang ditelan bertambah dalam keadaan kita sedih... ingatlah semuanya adalah sebahagian daripada ujian Allah, dan Allah tidak akan menguji kita di luar kemampunan kita.
    Apa yang perlu disedih sekiranya kita masih mempunyai dua mata, dua telinga, mulut, tangan, kaki, lidah, jantung, ketenangan dan badan yang sihat?
    (Quran 55: 13)
    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
    Ingatlah tiada istana yang boleh melindungi anda akibat dan musibah yang melanda anda akibat dari kesedihan dan kemurungan anda - meskipun anda jutawan, berjawatan tinggi dan mempunyai anak dan isteri yang baik.
    Senyum senantiasa perisai semulajadi Allah kepada manusia dalam menghadapi ujiannya.
    Senyum

    Copy & paste dari FB Ustazah Norhafizah Musa

    Artikel di atas tidak ada kena-mengena dengan produk yang nak saya ceritakan pada hari ini. Diulangi TIDAK ada kena-mengena langsung. Hanya sebagai bacaan tambahan.

    Entry kali ini berkaitan dengan hati. Semua orang ada hati kan? Ye, semua orang ada hati dan perasaan, cewah. Kalau susah hati/sakit hati/makan hati kena ambil DTX ker? Kalau penyakit yang ini lebih baik muhasabah diri, menjaga hubungan dengan Allah S.W.T dan sesama manusia. Tak pun tengok program tv celik hati ke. Mudahan-mudahan dapat apa yang dicari, insyaAllah.

    Sumber Google

    Mesti kita semua nak tahu apakah fungsi hati yang sebenarnya kan?

    1. Bertindak sebagai Detoksifikasi

    • Metabolisma protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati
    • Hati mengawal metabolisma protein
    • Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik
    • Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.


    2. Rembesan Hempedu

    • Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman
    • Hempedu diperlukan untuk pencernaan lemak, ia akan memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule)
    • Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium
    • Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A


    3. Mengawal Paras Gula dalam Darah

    • Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentuk yang lebih aktif
    • Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme
    • Hati mewujudkan GTF (Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation
    • GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul
    • Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga
    • Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen, adrenalin dan insulin


    4. Penting untuk metabolisme Lemak

    • Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
    • Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.


    Antara simptom-simptom yang berkaitan dengan masalah hati ialah:

    1. Perubahan perut sehingga menjadi buncit. Hal ini disebabkan  oleh pembengkakkan pada bahagian bawah tulang rusuk di sebelah kanan. Akibat pembengkakkan ini kadang-kadang akan terasa sakit ketika bernafas ini disebabkan oleh tekanan berat pada diafragma.
    2. Perubahan warna kulit, ketika seseorang terkena penyakit hati biasanya kulit dan juga mata menjadi agak kekuning-kuningan (disebabkan oleh kepekatan bilirubin tinggi dalam aliran darah).
    3. Terdapat lingkaran gelap pada bahagian mata
    4. Berat badan menurun akibat kurangnya nafsu makan. Pesakit selalu terasa mual.
    5. Selain itu sistem pencernaan turut terganggu.
    6. Sering terjadi pendarahan pada hidung.
    7. Pesakit hati biasanya akan mudah lemah, tidak bermaya dan kejang otot.
    8. Masalah pada kulit seperti gatal-gatal, kulit kering, jerawat dan ekzema
    9. Sering buang air kecil dan mudah rasa haus yang berlebihan
    10. Mengalami bau mulut dan juga bau badan yang tidak menyenangkan


    Jom kenali kandungan dalam DTX Complex Shaklee 

    1. Ekstrak biji benih Milk Thistle, biji benih Schizandra Chinensis dan cendawan Reishi mempunyai ciri-ciri antioksida, menawarkan perlindungan untuk sel-sel hati dan melalui penyelidikan yang dibuat, mampu menyokong keupayaan dalam meransang sintesis protein bagi pemulihan dan pembentukan semula sel-sel hati


    2. Ekstrak Dandelion, Kunyit dan Artichoke 
    membantu mengekalkan aliran hempedu normal, menyokong satu daripada organ (hempedu) yang diperlukan untuk mengeluarkan sebatian-sebatian toksin daripada tubuh



    Sumber Google


    Siapakah yang memerlukan DTX Complex Shaklee ?

    1. Perokok
    2. Peminum arak
    3. Pesakit hepatitis
    4. Penggemar 'fast food & junk food'
    5. Individu yang sering lemah tak bermaya
    6. Mereka yang berjerawat yang kronik (banyak toksin dalam badan)

    Namun produk ini tidak sesuai bagi ibu yang hamil. Harap maklum

    Testimoni Pilihan

    Sumber Google


    Memang agak jarang kita mendengar perihal sakit hati berbanding sakit kepala, sakit perut kan? Namun jangan dipandang enteng akan kesihatan hati, antara organ terpenting kepada kita. Jika terdapat simptom-simptom yang berkaitan dengan masalah hati seperti di atas, janganlah gusar DTX Complex Shaklee kan ada? Sila hubungi saya dengan segera.




    Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

    Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
    Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.






    Jom hubungi saya sekarang!


    PM FB : Aida Doterali

    ID Shaklee : 1079013
    Fanpage FB : Doterali Boutique
    Email : aidadoterali216@gmail
    Whatsapp/sms : 011-37008943
    C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
    Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

    Terima Kasih


    *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


    Monday, June 23, 2014

    Tips Keselamatan Bayi Di Rumah

    • Letakkan stiker berwarna-warni pada kaca-kaca berukuran besar seperti pintu gelangsar untuk mencegah daripada tidak ternampak. Tingkap sorong harus hanya boleh dibukakan dari atas dan dipasang kunci untuk menghindarkan kanak-kanak kecil membukanya dari bawah. Pasang tingkap yang rendah supaya tidak boleh dibuka lebih dari 5 inci. Letakkan perabot dan lain struktur yang boleh dipanjat jauh dari tingkap.
    • Letakkan lapisan menentang gelincir di bawah hamparan dan tikar yang tidak mempunyai lapisan belakang itu.
    • Gunakan get keselamatan dan get pintu. Pasangkan get keselamatan (ke BS 4125) di sebelah atas tangga dan satu lagi pada tiga anak tangga dari bawah. Ini akan menghentikan bayi atau anak bertatih anda daripada memanjat ke atas dan mendapati dia tak dapat turun kembali. Ingatlah bahawa keselamatan kanak-kanak itu berterusan. Get yang anda letak di bahagian atas tangga bagi anak berusia setahun akan menjadi rangka kegemaran yang membolehkan dia memanjat di usiaduatahun.
    • Jangan sekali-kali meninggalkan barang-barang atas tangga yang boleh menyebabkan orang terjatuh. Tangga harus disenggara dengan rapi - karpet yang rosak atau usang haruslah dibaiki atau dibuang. Pastikan pelepas teguh dan tidak mempunyai takuk untuk memanjat. Tangga mesti sentiasa bercahaya terang.
    • Setiap tahun, beratus kanak-kanak dirawat dalam jabatan kasualti berhubung kecederaan akibat kejatuhan. Sebaik saja bayi anda mula merangkak, anda mungkin memerlukan get keselamatan untuk mencegah dia daripada memasuki bilik-bilik yang dilarang.
    • Sorok lampu dan alat elektrik di belakang perabot berat atau gunakan peranti pemegang wayar khusus supaya wayar tak ternampak. Lampu tinggi mungkin tergolek jika bayi menariknya, jadi letakkan kukuh di belakang perabot.
    • Awasi barang-barang yang boleh mengepit jari, seperti engsel pintu, bangku seterika dan kerusi anduh. Fikirkan jika perlu membeli pelindung engsel.
    • Simpan bahan-bahan pertolongan cemas dalam almari yang berkunci, tak boleh dicapai, dan pastikan saudara-mara dan orang lain tahu di mana hendak mendapatkan bekalan itu di rumah anda dan bagaimana hendak respon dalam kecemasan. Pastikan rumah anda sudah bebas racun untuk melindung anak-anak anda daripada bahan berbahaya.
    • Insidens lecur air dan api bagi kanak-kanak muda adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak tua dan orang dewasa. Kebanyakan kelecuran disebabkan minuman panas tertumpah. Ingatlah bahawa minuman panas masih boleh melecurkan kanak-kanak 15 minit selepas disediakan. Dan jangan sekali-kali menghulurkan minuman panas kepada ibu yang sedang menyusu - setitik cecair panas itu pun boleh melecurkan bayi dan juga ibu.
    Jika anda duduk di apartmen bertingkat tinggi, fikirkan tentang pemasangan gril keselamatan pada tingkap dan balkoni anda.


    Awas! Malang tidak berbau (sumber Google)


    Jom hubungi saya sekarang!



    PM FB : Aida Doterali

    ID Shaklee : 1079013
    Fanpage FB : Doterali Boutique
    Email : aidadoterali216@gmail
    Whatsapp/sms : 011-37008943
    C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
    Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

    Terima Kasih


    *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

    Sunday, June 22, 2014

    Faktor Penghalang Kesuburan - Pelbagai Produk Shaklee Sedia Membantu Anda

    Banyak punca yang boleh menghalang kehamilan. Ramai yang tertanya-tanya mengapa masih gagal hamil walaupun sudah beberapa kali mencuba tanpa jemu. Antara faktor penyebabnya adalah:

    Pengambilan kafein
    Jika gemar mengambil lebih daripada satu atau dua cawan kopi setiap hari, anda sebenarnya mengurangkan potensi diri untuk hamil.

    Kajian mendapati bahawa jumlah kafein yang ada  di dalam tubuh boleh mengganggu kemampuan telur melekat dalam uterus.

    Pakaian
    Pakaian lelaki terutamanya seluar dan seluar dalam yang ketat boleh mengurangkan penghasilan sperma berbanding dengan lelaki yang berpakaian longgar.

    Stres yang melampau
    Tekanan perasaaan yang melampau boleh menutup peluang untuk memiliki cahaya mata. Sama ada anda berusaha terlalu keras untuk mendapatkan anak ataupun terlalu komited dengan kerjaya,kedua-duanya boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil. Semakin tertekan pasangan suami isteri itu, semakin sukar bagi mereka untuk mendapatkan anak.

    Kesihatan pasangan
    Seperti wanita, tahap kesuburan lelaki juga merosot apabila usia mereka semakin meningkat. Walaubagaimanapun, kemerosotan tersebut tidaklah secepat wanita.
    Biasanya, tahap kesuburan lelaki mulai menurun selepas mencecah usia 40 tahun.

    Usia Wanita
    Usia boleh mengurangkan kemampuan seseorang wanita itu untuk hamil. Setelah berusia 30 tahun, tahap kesuburan wanita semakin berkurangan dari setahun ke setahun.

    Bilangan sperma yang rendah
    Ada sesetengah lelaki bermasalah untuk menghasilkan sperma. Akibatnya, isteri mereka sukar hamil. Oleh yang demikian, suami perlu menjalani beberapa ujian terhadap sperma mereka bagi mengetahui punca sebenar.

    Masalah hormon
    Sesetengah wanita tidak ada masalah untuk hamil,. Tetapi tubuh mereka tidak berupaya menghasilkan hormon progesterone yang mencukupi bagi mengekalkan kehamilan.

    Oleh itu, sekirannya anda risau tentang kemungkinan adanya masalah hormon ataupun masalah fizikal yang menyukarkan kehamilan, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

    Sumber Mingguan Wanita



    shweet shangat (sumber google)

    Shaklee menawarkan pelbagai produk yang boleh membantu dalam menangani masalah kesuburan. Oleh itu, saya menyarankan pasangan yang menghadapi masalah ini berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk mengetahui punca sebenar. Sekiranya kita telah tahu puncanya, lebih mudah mencari penyelesaiannya kan?

    Saranan produk dari Shaklee

    GLA COMPLEX 
    Membantu menstabilkan hormon dan mengawal serta mengatur kitaran haid
    Membantu meningkatkan kesuburan (menghasilkan cecair serviks)
    Melegakan PMS-sindrom pra-haid atau senggugut
    Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri bagi mengelak risiko keguguran

    ALFALFA COMPLEX 
    Merawat masalah keputihan pada wanita 
    Memulihkan urat selepas bersalin 
    Memberi kelegaan semasa haid 
    Memberi tenaga kepada suami & isteri

    VITAMIN E 
    Meningkatkan kualiti & meningkatkan "sperm count"
    Membantu dalam masalah "mati pucuk"
    Membantu meningkatkan kemampuan sperma dalam bergerak dengan tepat menuju sel telur.
    Meningkatkan kualiti air mani

    ZINK COMPLEX
    Meningkatkan fungsi organ seksual
    Menghasilkan sperma yang lebih berkualiti & sihat
    Membantu memekatkan air mani dan meningkatkan jumlah sperma serta meningkatkan keaktifan sperma 
    Membantu melindungi sperma dalam menentang bakteria dalam vagina.

    ESP
    Membantu menguatkan rahim bagi yang mudah mengalami keguguran
    Sel yang sihat akan memudahkan proses persenyawaan, perlekatan telur di dinding rahim dan pembentukan tisu-tisu penting

    COQHEALTH
    Sebagai 'boost energy', boleh meningkatkan stamina dan mengelakkan keletihan.
    Pakar saintis menyatakan bahawa CoQ10 menggalakkan penghasilan tenaga bagi sperma untuk bergerak lebih laju menuju ke telur ovum.
    Banyak kajian di jalankan dalam keberkesanan Coq10 dalam memperbaiki kualiti sperma kepada lelaki yang mempunyai masalah kesuburan.

    VITALEA
    Kandungan mangan dan magnesium dalam multivitamin membantu ereksi lelaki
    Vitamin A dalam multivitamin membantu kesuburan wanita

    VITAMIN C
    Melindungi sperma bagi menghasilkan sel yang sihat

    B COMPLEX
    Mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma
    Membantu kematangan ovum, pembentukan plasenta 
    Berfungsi sebagai anti stress

    Testimoni Pilihan




    Keliru dan tak pasti yang mana satu paling sesuai untuk anda? Jangan risau, saya akan 'guide' cara pengambilan dengan pelbagai produk Shaklee yang sedia membantu anda. Jangan malu jangan segan utntuk berikhtiar, hubungi saya sekarang.


    Kepada mereka yang segan silu nak hubungi saya atau tak sabar-sabar nak order, anda boleh terus membuat pesanan dengan klik icon 'Esell' di bawah bagi pengguna kad direct debit atau kad kredit sahaja yer. Bagi mereka yang tidak memiliki kedua kad tersebut, jangan risau anda boleh terus hubungi saya. Jangan lupa dapatkan khidmat nasihat berterusan secara percuma eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian dengan saya sahaja.

    Inginkan penjimatan sehingga 20-25%?. Jom join ahli Shaklee dan duit anda dapat dijimatkan. 
    Hubungi saya sekarang untuk keterangan lanjut.






    Jom hubungi saya sekarang!

    PM FB : Aida Doterali
    ID Shaklee : 1079013
    Fanpage FB : Doterali Boutique
    Email : aidadoterali216@gmail
    Whatsapp/sms : 011-37008943
    C.O.D. : Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya
    Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Skynet/Gdex juga boleh diaturkan

    Terima Kasih


    *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit